..hidup utk berbakti..

Thursday, July 22, 2010

... Mendidik Anak Yang Nakal..



Pengalaman UMMU SOLIHIN...

Pada hujung minggu yang lalu, saya telah bertemu dengan lebih daripada 10 orang kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun, pada waktu yang berbeza, dan di tempat yang berbeza. Saya bermain dengan mereka, berbual dengan mereka, membaca dengan mereka, kerana saya sayang mereka dan ingin belajar sesuatu daripada mereka.
Maha besar kuasa Allah swt yang telah menjadikan mereka sebagai asbab untuk saya mendapatkan pelbagai ilmu dan idea baru, terutamanya dalam ilmu pendidikan anak-anak. Allahuakbar ..


Daripada pemerhatian saya yang masih cetek ilmu ini, saya dapati bahawa sifat anak-anak pada usia bawah 6 tahun sangat-sangat dipengaruhi oleh apa yang dilihat dan didengar pada setiap hari.

Ini bermaksud, seorang anak itu boleh menjadi baik kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang baik yang dijumpainya pada setiap hari.
Begitu juga sebaliknya. Seorang anak itu boleh menjadi nakal kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang ‘kurang’ baik yang dijumpainya pada setiap hari.

Oleh itu, satu cara untuk menangani anak-anak yang nakal ialah dengan menjauhkan anak ini daripada individu-individu yang memberikan pengaruh negatif kepada sifatnya. Semakin lama anak nakal ini bersama dengan individu tersebut, maka semakin banyaklah sifat negatif orang itu yang akan diserap ke dalam dirinya.

Dan satu berita yang pernah saya dengar daripada seorang alim, setiap sifat yang terbentuk dalam diri anak-anak pada usia 0-6 tahun akan dibawa seumur hidupnya. Fakta ini bukan sahaja kajian daripada Barat. Malah ia turut diakui dalam Islam. Sebab itu, pendidikan yang betul di peringkat umur ini sangat penting dan tidak harus diabaikan sama sekali.
Jadi, apakah tindakan yang harus dilakukan?

Langkah #1: Periksa siapakah orang-orang yang biasanya dijumpai oleh anak-anak ini pada setiap hari.
Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah tersebut (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh), adakah terdapat orang-orang yang membawa unsur negatif ini.


Langkah #2: Ubah cara pendekatan anda dengan anak-anak ini.
Asasnya, anak-anak banyak sekali mencontohi dan meniru sifat ibubapa. Sekiranya ibubapa telah memberikan sifat negatif (secara sedar atau pun tidak), maka ibubapa tidak ada pilihan lain melainkan membuat sedikit inisiatif untuk BERUBAH.

Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras. Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibubapa memarahi mereka, maka semakin kuat lah pemberontakan mereka.

Anak-anak pada usia ini tidak “makan” dengan cara seperti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk beberapa ketika sahaja. Tetapi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yang berpanjangan di dalam diri mereka.


Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak, dakap anak, peluk anak, cium anak, sayang anak, dudukkan anak di atas pangkuan, dan berilah nasihat secara HIKMAH. Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat tadi adalah salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.

Takutkan mereka dengan azab Allah dan gembirakan mereka dengan ganjaran yang Allah sediakan untuk anak-anak yang soleh. InsyaAllah, bila mendengar cerita-cerita syurga, anak-anak akan lebih teruja untuk melakukan lebih banyak kebaikan.

Apabila mereka lakukan kebaikan, walaupun tidak sempurna, (contohnya: anak mahu lap air yang tumpah, tetapi cara lap nya menyebabkan air semakin berselerak), ibubapa MESTI tunjukkan penghargaan. Apabila pujian diberikan, pasti anak akan gembira untuk melakukan perkara yang baik lagi di masa akan datang.

Ibubapa bukan sahaja perlu mendekati anak-anak sewaktu mereka melakukan kesalahan sahaja, sebaliknya, carilah peluang untuk membuat pelbagai aktiviti bersama anak-anak. Seperti bermain, membaca, mewarna dan sebagainya. Anak-anak pada usia ini sangat suka apabila ada orang dewasa menyertai aktiviti mereka, kerana mereka mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk belajar apa sahaja perkara baru daripada orang dewasa.
Apabila ibubapa rapat dengan anak-anak, maka kerja untuk mendidik akhlak dan sifat yang terpuji di dalam diri anak-anak menjadi lebih mudah. Anak pada usia ini akan taat dan hormat kepada orang yang banyak menunjukkan keprihatinan kepada mereka.

Untuk menghasilkan sifat yang terpuji dalam diri anak-anak, ibubapa perlu sentiasa menunjukkan sifat yang terpuji di hadapan mereka.
Jika mahu anak mematuhi perintah Allah, ibubapa perlu patuhi perintah Allah terlebih dahulu.
Jika mahu anak taat kepada ibubapa, ibu perlu taat pada perintah bapa dahulu.
Jika mahu anak pandai ucap terima kasih, ibu dan bapa perlu selalu ucap terima kasih kepada mereka dan sesiapa sahaja.

Jika mahu anak mengeluarkan kata-kata yang sopan, ibu dan bapa perlu berkata perkataan yang baik sahaja di hadapan mereka atau sesiapa sahaja.
Jika mahu anak-anak meminta maaf selepas melakukan kesalahan, ibu dan bapa perlu selalu saling meminta maaf sesama mereka dan tidak salah jika ibubapa meminta maaf kepada anak-anak juga.

Bila ibubapa mula menunjukkan sifat yang baik, sedikit demi sedikit anak akan menirunya dan sifatnya akan mula berubah. Kalau bukan hari ini, mungkin esok.Kalau bukan esok, mungkin lusa.Dan kalau bukan lusa, mungkin minggu depan atau bulan depan atau tahun depan.
Yang penting, terus lakukannya dengan istiqamah dan terus panjatkan doa kepada Allah swt dengan keyakinan yang kuat bahawa suatu hari nanti pasti anak ku akan berubah.
Yakinlah wahai ibubapa, setiap ciuman yang diberikan kepada anak dan sekelumit kesabaran dalam mendidik mereka, mempunyai NILAI yang sangat besar di sisi Allah swt.
Semoga Berjaya!



sumber : Anakku Soleh

P/S : sy suka utk merujuk web ini..dgn keadaan skrg yg sdg bekerja di tadika..berhadapan dgn karenah budak2 nakal..dan ini sebagai ilmu persediaan utk sy mendidik hati sy dan anak2 sy nnti..insyaAllah..sy akan aplikasikan dlm kehidupan seharian..amiinn..

ade yg sy dah buat mcm saranan ummu solihin, tp ade juge yg belum..betapa perlunya kesabaran dan keikhlasan..pernah sy memarahi seorang budak yg terlalu nakal, kemudian sy menangis sendiri sbb menyesal..sy tahu sy salah..apelah yg budak tu tahu..mgkin masalah peribadi menjadikan sy emosi dan melepaskan kemarahan..lepas ni sy akan cube jd lebih sabar...semoga Allah ampunkan sy...

ape2 pun, smua bergantung pada ibubapa..yg penting, kita yg perlu BERUBAH..kita mengharapkan anak2 kita baik mcm anak2 org yg baik2 blake, tetapi, adakah kita sama mcm ibubapa mereka yg baik2 itu??? smg Allah bg sy hidayah dan keteguhan hati utk terus menghadapi masa akan dtg yg lebih mencabar..dalam membina syurga dunia dan akhirat..

Tuesday, July 20, 2010

.. Santapan Rohani DiHujung Minggu ..

Slm alaik…saje nk posting…dah tangan menggatal je nk menaip kan…nk taip pengalaman pergi Konsert Demimu Al-Aqsa, di Stadium Tertutup Nilai ujung minggu baru2 ni..g ngan abg n nurul..sambil tu singgah USIM jap..konsert paling menggetarkan jiwa rasanya..banyak kali nangis spnjg konsert..bukan xpernah g konsert bawah AMAN Palestin b4 dis, but dis time betul2 mantap la..anjuran Ikatan Muslimin Malaysia…even i duduk jauh sangat2 dari stage, tp dia punya gegaran sampai ke nadi la..feeling habis…trasa mcm kt palestin la pulak..psembahan nasyid dari da’ie,soutul halaqah ( Indonesia ), mestica, pidato, tayangan,sajak nisah haron, sketsa…herm..berbaloi2 la RM 10 tu..kalau kena bayar 20 pun ok juge sepatutnye..duit nk sumbang kesana kan..tp mmg mantap la smua persembahan..berkobar2..jiwa panas mendidih dgn kekejaman Israel..lagu yg menjadi pilihan penonton seperti Ruhul jadid, Wahai Mujahid, Selamatkan palestina.. entah betul ke tajuknye tu, xtau la..smua yg hadir begitu exited dan takbir yg dilaungkan itu, semoga Allah kabulkan doa kita disini..kalaupun kita xmampu menyumbang disana, apalah susahnya kalau tgn kita menadah padaNya..itu juga sumbangan yg tidak ternilai..









p/s : sempat pulak mestica buat promotion single terbaru..tentang istikharah..baru siap minggu lepas katanya..dan 1st time perform kat audience..erm..not bad la… ape2 pun..semuanya best dan mengharukan..semoga Allah slmtkan seluruh palestin dan Allah ampunkan sy...amiinn..

Thursday, July 15, 2010

.. RAHMAT UJIAN ..

Dgn nama Allah...salam alaik...

Saje nk post nasyid yg kena betul dgn jiwa sy ni.. hehe..sy ni xmemandang kump nasyid sgt..tp sy seorang pemilih lirik.. kalau lirik2 jiwang biase, xdela suka sgt..lirik2 ringan sangat pun, mcm dah biase.. kalau nk dgr lirik aras tinggi ayatnya, mcm rabbani, nowseeheart,mestica,maher zain..boleh la kot..tinggi sikit ayat keTuhanan nya... tp kump nasyid lain pun ade juge lirik2 yg mendidik jiwa dan mmbuat org terkesan..cuma jiwa sy yg xsama la dgn orglain kan..lain org, lain kecenderungannya..yg penting, penghayatan..=)
nasyid pilihan sy kali ni, mmg sy nk dengar selalu utk mendidik jiwa sy...nk menenangkan hati sy..dan sy rasa berkesan..mklum la, pagi2 dtg tadika buka vcd nasyid atau zikir..maka, sy pun akan menonton sama dgn adik2 tadika ni...ambil iktibar sikit..;)

RAHMAT UJIAN ( MESTICA )

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi...

Segala ujian diberi..Maka bersyukurlah selalu...

sekian dulu..hehe..nk dgr, carilah sendiri k...

P/S : semoga Allah ampunkan sy...

Tuesday, July 13, 2010

Di sini PERMATA ku..

Dengan nama Allah yg Maha Penyayang...

Alhamdulillah... minggu ni minggu ke-3 di Tadika Elit Permataku... byk improvement kot..sbb mule2 dulu byk benda xtahu..kerja pun mcm kelam kabut..skrg sy dah boleh ingat semua nk nama siap dgn pe'el budak2 ni skali.. kerja jaga budak2 ni pun semakin buat sy selesa..setakat ni, tempat kerja dan kerja yg sy buat, sy sgt berpuashati dan seronok... ke sy ni mmg mcm ni xtahu la... sblum ni sy pernah je kerja mcm ni, tp agak letih... kt sini, xletih pulak walaupun jadual kerja 6.30 pagi-6ptg sharp..sharp ok..ini tadika elit..bukan tadika biase..hehe..sistem pembelajaran pun ala2 universiti..murid yg dtg ke bilik kuliah... budak2 ni mane ade bilik darjah khas... hanye ade 4 waktu belajar.. selebihnya, nasyid,zikir,solat,makan,tidur dan menonton... aduhai..damainya...

cabaran paling besar mestilah nk mengawal pelajr yg pling nakal tahap dewa... nk2 pulak student paling nakal ialah dari kelas sy.. mcm2 pe'el... mcm mane lah sy nk mengawal nye.. bila suruh bace, ' cikgu, abg xpndai bace'..suruh tulis pun mcm tu juge..yg tahunye, kacau org,buat bising,main air,xnk dengar cakap.. tp sy xkisah sgt..sbnrnye byk lagi pe'el budak2 lain yg mencuit hati dan menghiburkan.. maka sy lalui hari2 disini dengan perasaan gembira dn tenang..
apa yg sy nampak spnjg sy disini, ramai yg mengaku suka budak2, tp xsuka dan xpndai nk jaga budak2..tp, ada yg xsuka budak2, expert menjaga budak2.. yg sy msudkan termasuklah bayi..tp yg ada keduanya baguslah kan...yg xsuka budak, akan buat kerja dgn tension, marah2 dan nampak letih dgn karenah..tp tugas tetap dijalankan mcm biasa...


walau apa pun, yg palin sy xsgka,kelmarin sy baru tahu rupanya owner ( ustazah ) punya suami adalah lecture sy d UKM..pernah mengajar sy B.Arab.. ust juga baru perasankan sy.. ingat juge ust pd sy..herm..kecik dunia ni rupanya...yg sy suka, mgkin cara islami yg diterapkn disini..alhamdulillah...sy nk tulis pasal perangai anak2 kt sini sbnrnye..tp dah melalut plak..lain kali jelah...sbb sy tengah buat rancangan mengajar utk minggu hadapan..kena hantar setiap hari jumaat..dah rase mcm ngajar sekolah menengah dah ni..herm...tp kaedah dan pndekatannya sgt berbeza...

sape yg mengaku sukakn kanak2, cubalah ceburi kerja ini..waktu tu boleh menilai diri samada kita ni betul2 sayangkan anak2 utk mendidik mereka jadi insan yg berguna...samada kita ikhlas menjalani hari2 dgn mereka...sehari, 12 jam dengan mereka..tp ibu bapa, bukan 12 jam dgn mereka..balik rumah pukul 6,mereka akn mandi,solat,mkn dan tidur,( mungkin 8jam )..
pagi esoknya, mereka akn bgun semula, mandi solat dan bersiap utk pergi sekolah..seawal 6.30 mereka sudah bersama kita semula..maka amanah yg dipikul sgt berat utk mendidik,menjaga dan menerapkan akhlak mulia dan kegiatan dan amalan harian mereka..semua bermula dari kita..itulah yg sy sedari...betapa guru utk peringkat pra, sek rendah, menengah dan IPT sgt2 berbeza...

p/s : semoga Allah ampunkan sy...

Renungan..

Jika Kejahatan Di Balas Kejahatan, Maka Itu Adalah Dendam.Jika Kebaikan Dibalas Kebaikan Itu Adalah Perkara Biasa.Jika Kebaikan Dibalas Kejahatan, Itu Adalah Zalim.Tapi Jika Kejahatan Dibalas Kebaikan,Itu Adalah Mulia Dan Terpuji."

Ads code


I made this widget at MyFlashFetish.com.